Sunday, December 20, 2015

Tanpa syukur, semua tergadai.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Agak berdebu blog ni. Dah berkurun tak update. Namun, Sepanjang ketika-updatan blog ni, Allah dah bagi banyak ilmu kat saya. Huiihhhhh.. banyakkk.. banyak jatuh bangun basah kering air mata yang tak terungkap dan harap ia tetap menjadi pedoman hidup.

Namun, itu yang aku belajar. Kadang kala, ia memamng nampak sempurna di mata, cukup segalanya, Tapi hakikatnya, jika tidak teguh dengan ilmu, iman dan akal, memang ia lari dari kenyataan sebenar dan hakikat yang pasti.

Dugaan hidup sedih payah adalah tanda Allah sayang hambanya. Diriku jua tetap perlu diingatkan, jangan biar diri hanyut terlalu lama. Cepat-cepat capai tiang yang kukuh, sebelum ia terbang jauh. Perlu diingatkan diri, Al-Quran dan As_Sunnah perlu dipilihara dalam hati . Walaupun aku bukan pendamping-Nya yang hebat, namun cubalah menjadi yang terbaik agar selamat sentiasa.

Tetaplah senyum wahai hati, jiwa dan bibir. Ikhlaslah hati untuk menerima apa jua dugaan hidup. Walau ia pahit, tak nampak sempurna di mata , namun biarlah ia dibalas menjadi teman hidup di alam lain kerana yang pasti, pengakhiran hidup ini akan ditemani mereka yg ghaib.

X Paham? Eh xperrr... hee. :3

Semoga Ia berkekalan Sampai Syurga. :3 

TO: MY DOKTE OMEY






No comments: