Wednesday, December 23, 2015

Hadirnya Dia Penyeri Hidup..:3

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Kekayaan harta tidak menjamin kebahagian. Tidak menjanjikan gelak tawa, senyum , ketenangan hati dan semua yang berunsur mengutamakan keduniaan. Jadi, xpayah menyesal sedikit pun kalau tidak mendapat harta, dan perlu meninggalkan harta. Dan Hadis sohih juga ada meriwayatkan orang yang kaya akan lewat masuk syurga 500 tahun dari orang miskin ( rujuk dalil yang sy sendiri dah lupa) Maafla hee..:)

Bila berharta, jangan membangga diri. Tak untung sikit pun kalau ada sifat macam tu. Dan jika ada kawan-kawan yang bersifat macam ni, tinggalkan jauh2. Golongan macam ni x perlu dalam hidup anda. Buat semak otak je layan orang yang xsempat guna akal ni. Tambah-tambah siap menghina macam dia sendiri xtahu kubur dia orang akan korek. erk! Jika teringat, riak , tamak, takbur ia merupakan sifat yang syirik. Syirik, terbahagi kepada dua iaitu syirik khofi dan syirik jali.. Syirik tu pun dah berdosa besar tuu.. Nauzubillahiminzalik.

Peliharalah hatimu dari sifat-sifat ini. Semoga diri juga dijauhkan sifat -sifat ini. Sebelum berakhir, berikut merupakan 3 tips Menjemput Jodoh Dan Menjemput Rezeki yang saya sendiri amalkan sehingga Allah Yang Maha Pemurah memakbulkan doa- doa saya bertemu dengan beliau yang sy sgt hormat.. (hampir 6tahun berkenalan, dan akhirnya ...:) Alhamdulillah.. :3

1) Setiap akhir solat fardhu, jgn lupa amal zikir dalam surah Al - Kahfi - Ayat dimana pemuda-pemuda tersebut berdoa supaya Allah sempurnakan petunjuk-Nya kepada lalu Allah makbulkan doa mereka - rujuk ayat 10

2) Amal Doa Nabi Zakaria- supaya mendapat pewaris yang baik - Surah Anbiya' ayat 10

3) Surah Al - Furqan -Ayat 74

Alhamdulillah, hadirnya dia seorang yang sangat penyabar, sangat cool dan yang paling pentinag dia yang boleh mendidik aku mendalami ilmu Al-Quran. Tenkiu Tuan Dokte


Kepada  Dia kita datang, Kepada Dia kita Kembali.

Wallahualamm..

:)

No comments: