Thursday, December 11, 2014

Takdir.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.





Bila sebut dengan ketentuan Ilahi, ia berkait rapat dengan takdir. Ya.. takdir.Aku bukan siapa-siapa jika ingin berbincang, berdebat berkaitan dengan ilmu takdir. Ternyata, kisah yang diceritakan dalam Al-Quran , iaitu Kisah Nabi Kidir juga menyebut tentang ilmu takdir. Jauh dari sudut pandangan Nabi Musa, yang merasakan ilmunya paling tinggi ketika itu. Namun, sangkaannya salah. Ada seorang Hamba Allah yang lebih tinggi ilmunya dari nya, yang kisahnya tidak diperincikan namun, ilmu takdir yang dilihatnya, menjangkaui ilmu Nabi Musa, sehinggakan Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa untuk mendalami ilmu takdir daripada insan hamba Allah tersebut.

Aku pula. Cetek dengan ilmu. Tidak kuat menolak takdir. Ingin aku kongsikan satu kisah dimana ia sangat dekat denganku.

Lia.

Seorang gadis ,meningkat remaja. Menjaga diri dan berusaha menjadi mawar berduri di dalam kaca. Sentiasa mendekatkan diri kepadanya. Lia, sentiasa ingin memastikan dirinya tidak lalai. Namun, dia berkenalan dengan seseorang , yang dia fikir, dia mahu memberi peluang kepada insan tersebut. Dilihatnya akhlaknya baik, dan difikirnya ini adalah takdirnya.

Lia menjadi buntu. Insan ini baik. Namun ia berbeza jantina darinya. Adakah ini yang dikatakan Tuhan ingin menguji dirinya. Sedikit demi sedikit akhlaknya teruji. ternyata. lelaki dan wanita tidak boleh bersahabat baik. Ada penghalang menjadikan mereka teruji. Nafsu. Ya nafsu.

Sedikit demi sedikit, akhlak Lia semakin tidak terjaga. Mungkin ini godaan syaitan, membiarkan hati kosong tanpa ilmu. Lia tersedar.. Semakin jauh dia tersasar... Semakin hanyut Lia membawa hati yang leka. Insan tersebut juga terus teruji. Imannya juga mula goyah.. Lia terpaksa berubah.. Sucikan hatinya kembali. Bangun mencari cahaya ilahi yang hilang ditelan dosa-dosa dan kelekaannya melayan dosa terdahulu.

Lia berusaha menjarakkan diri daripada insan tersebut. Mengharapkan dirinya dekat dengan Tuhan. Hatinya diberikan kembali cahaya yang hilang. Dan dikurniakan kembali furqan ( boleh membezakan perkara yang hak dan batil ) . Mencari dan terus mencari. Dia juga mengharapkan insan tersebut juga mencari cahayanya kembali.


Dan kini.. hidup Lia kian tenang.. kian tenang mencari cahaya ilahi.. Semoga usaha ini, mampu membuatkan Lia kuat dengan hikmah Tuhan yang dia sendiri tidak tahu apa ketentuannya. Hanya bertawakal kepada Tuhan.

Kini, Lia kuat.. semakin kuat.. Mencari jalan ketenangan. Semoga jalan terbaik buat Lia. Dengan bantuan cahaya Tuhan, Lia mampu menyinari jalan hidupnya.


Amin

No comments: