Monday, December 10, 2012

MUSTAQEEM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



"Kakak, , yang ni Mustaqeem, ni Mak, ni Kakak. Kakak, mulut  yang saya lukis ni senget sikit. Kakak jangan kata mulut kakak senget. Senget ni sebab nak tunjuk kakak tengah senyum. Muka yang saya buat ni kecik sangat Tak muat nak lukis kakak senyum "

Sapaan 'Mak'

Tersengguk-sengguk kepala aku menahan mengantuk . Niat hanya nak lelap sekejap sahaja sebelum zohor tadi. Sambil sembamkan mukaku ke bag 'lappy' kesayangan. Tiba-tiba terdengar suara menegur..

"Puasa ka sampai mengantuk sangat tu?"

Tersentap dari tersengguk-sengguk! Aduss. malu plak bila perasan ada yang memerhatikan aku tersengguk-sengguk tadi. Wanita lebih separuh abad , umur sebaya nenekku menegur. Teringat akan Tok Baling di kampung. 

"aah.. puasa.."

Jawab ku dalam mamai. Dek terkejut akibat teguran yang datang tiba-tiba. Tak tidur jugak la gayanya. Wanita itu duduk berila di tepi ku. Aku rasa mungkin ini 'port'nya semasa aku tak datang ke masjid. Mungkin dia selalu beriktikaf di sini. Tapi semalam aku datang tak ada pun nenek ni? 

"Makcik selalu juga mai sini.. Tapi 2, 3 hari ni makck takleh mai.. Anak Makcik kerja kat sini.. Pensyarah. tak kawin lagi.. makcik bawak anak mai sini.. adik ni dok mana?"

Cepat sungguh nenek ni mesranya dengan aku. hehe. Terkekeh aku gelak sendiri. Sambil senyum sendiri mengingatkan ramahnya nenek ni mulakan perkenalan. Sebab aku tersengguk-sengguk tadi kut? Rasanya dia nampak kejujuran aku masa aku tersengguk-sengguk tadi. Senyum sumbing lagi. 

"Ohh.. Saya.. Saya orang Kedah. "

"Kedah tang mana?"

"Orang Sungai Petani"

"oo.. Makcik Sungai Petani gak.. kat Taman Ria..makcik beli rumah kat situ. Nampak ada kertas lelong-lelong kat tepi-tepi jalan tu. Mak cik beli la rumah tu'

"OOO..."

Tak tahu nak menjawab apa sebenarnya. 'ooo" je di mulut. Nenek ni cerita je tanpa disoal. Hakhak. Tergelak aku sendiri. Dalam mamai-mamai tadi tiba-tiba boleh segar bugar akibat kaletah nenek ni.

"Anak makcik belajar luar luar negara dulu.. tak mau kawin.. dia suka merantau. Hobi dia beli kereta, tukaq kereta. Kereta Honda sport ada, nak cari kereta Saga pulak. Dulu pakai BMW. la ni dia juai dah. P Canada la, New Zealand la, Australia la.. Dulu makcik P New Zealand. Dok sana sejukk! kena pakai stokin 3 lapih. Sejuk kedi" Sambil buat badan menggigil.

Tergelak-gelak aku sendiri. Menarik juga cerita nenek ni.. tersenyum aku. Eh. jangan pandang rendah. aku melihat hatinya kuat juga. Bukan senang nek membela anak lelaki untuk sampai sehebat itu. Teringin pulak aku mengorek cerita nenek ni.

MUSTAQEEM

Sambil menyembang-nyembang dengan nenek tadi, datang seorang kanak-kanak yang ku fikirkan darjah 6 umurnya disebabkan badannya yang agak besar dan tegap sedikit. Datang memanggil nenek tadi "Mak".  Tertanya-tanya juga di fikiran.Terkejut juga aku bila nenek itu ceritakan , kanak-kanak itu baru Darjah dua. 

Mata aku asyik melihat keletah nenek tadi dengan kanak-kanak itu. Sungguh mesra. Aku fikirkan kanak-kanak itu cucunya. Tetapi , ternyata aku silap lagi.

"Mustaqeem nama dia ni. Makcik ambil bela dia dari kecik  lagi. adik beradik dia ada 15 orang. Dia anak ke-13. Keluarganya susah. Kesian kan. dia ada lagi adik kecil-kecil lagi 2 orang . Tapi Makcik tak larat nak bela. Kita pun dah tua kan. Tak larat jugak.."

Mulianya hati makcik ni.. terasa bersalah menggelak-gelakkan kaletahnya tadi Ternyata di sebalik ramahny, tersimpan satu jiwa dan hati yang murah, mesra dan penuh dengan sifat penyayang. Allah.. Kadang-kadang boleh disangkal juga pepatah "Tin kosong berbunyi, tetapi tiada isi dildalamnya". Tetapi berlaianan pula dengan nenek  ni. Ramahnya bertempat. Murahnya terselindung. Jujurnya hanya Allah yang dapat menilai.

Seharian aku bersama, bertukar cerita dengan nenek tadi. MustaQeem juga cepat mesra. Walaupun tidak sampai 1 jam perkenalan, kami cukup mesra membuat aktiviti sendiri bersama di masjid. Terasa macam sudah lama kenal. Mustaqeem mula menunjukkan dia susah berenggang denganku. Selepas solat zohor, Mustaqeem bergegas datang balik kepadaku.

"Kakak mangaji apa?"

"Akak baca Surah As-Sod ni.."

"Saya pun boleh mengaji."

Sambil mengambil dan mengeluarkan Muqadamnya dari bag. Bangun semula menarik papan rehal. Letakkan di hadapanku. Mustaqeem mengambil Muqadam tadi dan membukanya. Lagaknya bersungguh-sungguh menunjukkan sesuatu.

" Kakak, Saya dah sampai surah ni dah. Tapi Surah ni baru sekerat. Tak pandai habis lagi"
Sambil menunjukkan surah itu dengan jarinya. Oh. Surah yang ayatnya bermula "Lamyakunillazi..".

Semangat MustaQeem nakkan aku mengajarnya. Bersungguh-sungguh budak ini ingin belajar. Aku ajarkan satu persatu ayat dalam surah itu sampai selesai. Mustaqeem mengikut bacaanku patah demi patah. Alhamdulillah. Semoga ada nilai sesuatu yang boleh Mustaqeem pelajari.

Selesai membaca surah, Mustaqeem masih tidak boleh berenggang denganku. Setiap kali aku bangun untuk memulakan kajian dan kerja yang tertangguh, Mustaqeem akan ikut dan turut menyibukkan diri. Pantang bangun dari tempat duduk, soalan demi soalan ditanyanya.

"Kakak nak pergi mana?"

"Kak nak pergi perpustakaan kejap"

"Kakak nak balik sini balik tak"

"InsyaAllah akak datang balik"

"Kakak jangan cakap je. mesti datang balik tau. "

Aku tersenyum. Alahai adik. 

"Kakak, boleh saya tanya satu soalan?"

"Soalan apa? Tanya la"

"Kakak nak balik pukul berapa?"

"InsyaAllah lepas Insya"

"Alaaaa..." Ada tanda tidak puas hati di situ.. "Kenapa?"

"Kalau akak balik, bila lagi kita boleh jumpa? Bukan senang nak jumpa kakak lagi. Kakak baik. Tak semua orang macam kakak. Mungkin lepas Insya ni kakak dah tak datang sini.."

Alahai adik.. sayu juga aku melihat Mustaqeem. 

"Kakak, nanti saya nak bagi akak hadiah la."

"Hadiah?" Tersenyum aku..

Selepas Isya, aku berkemas untuk pulang. Mustaqeem kelihatan takut untuk berpaling matanya walaupun  sekejap . Takut aku balik tanpa dia sedari. Dia menghantarku ke 'parking' motor.

Sempat dia menyalam aku sebelum aku balik. Mulutnya tak diam dengan ucapan 'Babai'. Dan mukanya seperti tidak puas bertemu dan bermesra denganku walaupaun aku kira dari sebelum zohor, sehingga selepas Insya aku belajar dan meluang waktu untuk melayannya.Sempat aku usap kepalanya, niatku supaya dia menjadi insan berguna pada masa depan. Tak semua senasib dengannya. Semoga Mustaqeem kuat menghadapi Ujian Allah . Dan menerima setiap pesanan dan peninggalan sewaktu aku bersama dia tadi. 

"Mustaqeem nak jadi apa bila besar nanti?"

"Mustaqeem nak jadi pemain bola. Dulu saya nak jadi pemandu motorsikal. Lepas tu, tak jadi. Terasa nak jadi pelukis pulak. Mustaqeem suka lukis.Pastu, Mustaqeem nak juga jadi angkasawan"

"Apa yang MustaQeem nak, semua MustaQeem boleh dapat. Tapi, mustaqeem mesti rajin. Mustaqeem mesti kuat. Mustaqeem mesti bersemangat. Bila Mak kata Mustaqeem kena baca buku, mengaji, MustaQeem kena baca buku. Nanti MustaQeem boleh jadi pemain bola yang professional, pemandu kereta professional, penunggang motor professional..pelukis professional.. Tau?"

"Ok.Mustaqeem nak jadi angkasawan lah"


Wallahualam.





No comments: