Thursday, November 22, 2012

KAMIKAZE Islam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


.



Syukur dengan nikmat Islam yang diberi-Kan-Nya. Selawat Dan Salam Ke atas Junjungn besar Nabi Muhammad S.A.W. yang pembawa akhlak terbaik untuk manusia sepanjang zaman.

Isu-isu yang timbul di Palestine ini membuatkan saya terfikir sejenak. Mencari sedikit pengajaran untuk diterima. Mengimbau kata-kata cikgu di sekolah

"Kalau masa zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, ada 1 golongn tentera Jepun yang berani mati yang dipanggil 'KAMIKAZE' (dalam Malaysia dulu pun ada kumpulan penyanyi nama ni..)
Tapi orang Islam, semua penganutnya dipanggil 'KAMIKAZE'( berani mati) dalam pertahankan agama fitrah manusia.Tak kira orang itu hanya "tukang sapu sampah" ataupun hanya "Tukang kasut" yang beriman. 

itulah JIHAD. Mereka yakin, setiap anggota badan yang hilang, etc: hilang tangan, kaki, atau mata, akan menjadi saksi di hadapan Allah untuk menjawab "Apa yang kamu lakukan untuk agama kamu?"

Tiba-tiba teringat kata-kata penceramah , seorang pensyarah dari KUIS pada malam yang lepas. Semasa kemerdekaan Tanah Melayu, kurang ditayangkan pejuang-pejuang menentang penjajah. Hanya melihat Kemerdekaan yang dilaung. Tidak melihat pengorbanan golongan 'KAMIKAZE' terdahulu. Tidak melihat, apatah lagi ingin merasa seksaan yang diterima mereka. Contoh: Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela.(untuk maklumat sejarah mereka, sila ke page di bawah)

(http://neilandsyud.wordpress.com/category/pejuang-tanah-air/page/2/)

kata-kata terkesan:


Hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: 
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan
itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak
orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat
Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka
lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah
ibarat buih di laut." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di 
laut.Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al
Wahn." Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"


Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian.
:: Adakah kamu rasa kamu seperti 'buih-buih' tersebut? Tepuk dada, tanya iman. Lakukan
perubahan dengan segera. Dan ingat, dengan Ilmu Pengetahuan lah dapat mengubah
segalanya. Dan akhlak, sebagai cermin pengaplikasian tersebut.




Wallahualam.




No comments: