Friday, December 28, 2012

Mengadu pada yang berhak..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani







Takdir.
Satu patah perkataan , namun mempunyai bayak maksud tersirat. Semestinya setiap orang mempunyai takdir yang berbeza. Namun, motifnya, hanya satu.. sejauh mana seseorang itu mampu melawan dan mengubah takdir itu.

Hati.
Berkait rapat dengan takdir. Ianya menjadi titik tolak  untuk memulakan langkah untuk mengubah takdir. Namun, hati mesti kuat dan beristikomah dalam apa jua keadaan yang dia hadapi. untuk menjaga hati, semua anggota perlu bergabung untuk tegakkan niat yang satu. Mulut, tidak mengungkap perkara yang sia-sia, mata tidak melihat perkara yang melalaikan hati, kaki, mengelakkan dari pergi ke tempat yang tak bermanfaat, perut perlu dijaga mengelakkan makan makanan yang melemahkan badan, akal dan hati. Semestinya semua perlu bergabung. untuk menjaga hati yang satu.

Redhalah hati dengan takdir kamu Rancangkan sesuatu supaya berupaya mengubah takdir sendiri. Langkah kamu sendiri menentukan siapa diri kamu dan sekeliling kamu pada masa akan datang. Janganlah dengki , iri hati dengan orang lain, kerana mereka dan sekeliling lebih dahulu mengubah takdir mereka dari kamu. Pujuklah hati supaya sentiasa sabar dengan apa jua keadaan. Allah memberikan sesuatu ujian beerti Allah sayangkan kamu. Tidak semua orang Allah memberi ujian sama seperti kamu. Allah nak lihat kamu kuat jika diuji pada masa depan. Ingat. Allah Lebih mengetahui untuk hamba-hambanya. Tetapkan niat, teruskan langkah.Jangan lupa berdoa supaya hati tidak lupa. Mohon bantuan Allah untuk sentiasa kuat. Awak mampu mengubah segalanya!

No comments: