Tuesday, November 20, 2012

Keajaiban Solat Sunat Taubat Semalam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang.



Semalam

Agak lewat semalam , baru dapat lelapkan mata. Kusyuk mencari maklumat dalam internet. Sambil membiarkan buku Nihongo di depan mata. Sahaja membiarkan di depan mata. Supaya mudah nampak dan sedar jika tiba-tiba sedikit terleka jika terlaku ralit di alam maya. 

Tidur, bangun kembali dan  tidur ,bangun kembali. Masih saya tidak dapat melelapkan mata. sampailah jam menunjukkan pkul 2.30 pagi. Rakan sebilik nampaknya sudah nyenyak dia alam tidurnya. Aku masih termangu, memikirkan sesuatu. Terus bangun semula dari katil, gegas ke bilik air dan membasahkan diri dengan air sembahyang. Tekad melakukan solat sunat taubat.

Basah Dengan air Mata.

Ia. Solat Sunat taubat yang saya tunaikan itu terasa sangat sayunya. Terasa amat terhutang dengan seseorang. Tersangat bersalah dan menyesal dengan apa yang telah berlaku. Terasa diri ini penyebab keadaannya menjadi sebegitu. Mataku basah mengadu kepada Allah supaya Allah mengampunkan dosaku kepadanya. Memohon Allah memberi kekuatan kepadanya untuk terus kuat hatinya untuk melawan ketentuan. Memohon Allah kuatkan semangatnya untuk melawan takdir.

Sujud terakhirku, ku ulang 40 kali dengan doa Nabi Yunus , Ketika ditelan ikan Nun (paus).
 

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
 La ilaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu mina z-zalimin.
"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri."


Bayang dirinya dalam hatiku. Tiup doaku ke hatinya dari jauh. Tersedu-sedan mengharapkan Allah membuka ruang dan peluang untuk membetulkan balik keadaan yang berlaku. Dan terasa aku sangat bertanggungjawab atas apa yang berlaku ini. Ia. Sujudku meminta kepada Allah ,

"Ya Allah, Jangan Engkau Tarik Nyawa aku sebelum aku dapat menyumbang sesuatu kepadanya!"

 Kepada Allah pada ketika itu tempat mengadu. Basah mukaku dengan air mata yang sangat deras lajunya. Aku banyangkan hatinya supaya bangun melawan keadaannya sedemikian.Biarlah aku dan Allah sahaja yang tahu, apa yang berlaku. Semoga ada nilai untuk diambil pengajaran sepanjang hayat. Melazimi solat sunat taubat, dan doa kepadanya dengan bersungguh-sungguh supaya memakbulkan impian dan harapan melaksanakan yang terniat di hati. Seperti takdir hidupku atas dasar memanfaat setiap nikmat pemberian Allah kepadanya. 
Aku doa lagi:

"Ya Allah, Engkau permudahkanlah jalanku untuk membetulkan keadaan. Limpahkanlah rezeki kepadaku dan jika Engkau telah mentakdirkan aku untuk mengubah keadaan ini, kuatkanlah hatiku untuk berbuat demikian untuknya. Aku Mohon lagi, Ya Allah, Jangn Engkau tarik nyawaku sebelum aku dapat mengubah sesuatu untuknya."

 Air mata deras mengalir semakin laju. Tersedu-sedan aku di hadapan sejadah. Ketika itu, sunyi sepi .Kedengaran hanya bunyi cengkerik malam dan angin yang bertiup menolak-nolak langsir di tingkap. 

Selesai berdoa dan sujud sekali lagi supaya Allah memudahkan urusan ini, terus bagun. Melipat sejadah dan menyangkut telekong yang sedikit lembab dengan guguran air mata tadi. Terus kubaring, semoga tetap dengan niat ini sehinggalah ia memberi perubahan seperti yang aku harapkan. Gagah aku untuk melelapkan mata, sehinggalah jam menunjukkan lebih kurang pukul 4.30 pagi, baru aku terlena.

 Malam Keesokannya.

Selesai "Ummah Talk" yang disampaikan oleh pensyarah KUIS sebentar tadi. Pengisiannya sampai ke hati. Alhamdulillah. Beberapa minit selepas tamat kuliah tersebut, terus ingin bergegas pulang untuk selesaikan apa yang masih tertunggak. Nihongo sahaja di kepala ketika itu. Selepas beberapa ketika, tergerak untuk menelefon mak. Alhamdulillah. Ceria suaranya. Mak cerita sesuatu yang menyentuh hati. Baru aku teringatkan perkara semalam. Solat Sunat Taubat itu. Doa yang aku tiupkan ke hatinya dalam bayangan itu. Sesuatu yang membuatkan hati ku hanya menyebut Alhamdulillah beberapa kali, Syukur kepada Allah. Menangis aku semasa membonceng motosikal balik ke asrama. Sesuatu perubahan telah berlaku. Subhanallah! Allah Mendengar Doa Aku!

Semoga hatiku tetap dengan niat dan tekad ini.. Tiada yang lain bagiku, hidup ini sempurna jika aku terus memberi. Berusaha untuk orang lain. Biarlah Allah sahaja yang mengetahui apa yang tersirat di hati. Semoga misiku dipermudahkan-Nya. Aku bukan sesiapa. Cuma hamba yang mengharapkan apa yang terbaik. Bukan untuk diriku.. Tetapi untuk keluargaku.

Wallahualam.







No comments: