Saturday, November 17, 2012

Mati Itu Pasti

lagi 2 laluan setiap orang yang masih bernyawa perlu lalui..


Leka

Lumrah kehidupan.. manusia diciptakan dengan mudah lupa.. mudah lalai.. mudah leka dengan kehidupan.. Jadi, itulah tanggungjawab kita untuk sama-sama pesan-memesan kearah kebaikan. Bukan susah, cuma perlu anggap supaya orang yang menerima terus membuat kebaikan.Walaupun dengan usaha yang sedikit.

Baru-baru ini, sudah beberapa kali menerima berita kematian dan kecelakaan orang-orang yang terdekat dengan saya. Mungkin ini merupakan satu peringatan kepada saya dan semua yang mengalami. Mungkin juga ia merupakan petunjuk doa-doa harian dan selepas solat supaya sentiasa memberi petunjuk dan peringatan kepada diri dan semuanya supaya tidak terus terleka dengan keduniaan. Alhamdulillah. Semoga kita terus berdoa sebab ia merupakan senjata.

Kematian Tanpa diduga

Berita kematian sahabat baik adik saya, yang berpangkat adik sangat memeranjatkan saya. Tambahan berita kematiannya akibat kecelakaan jalan raya berbau unsur dendam. Kematian akibat berlumba motor. Menurut perceritaan ibu, morsikalnya ditendang ketika berlumba di jalan. Arwah meninggal akibat jatuh terhentak dari motosikal dan mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Wallahualam. Ibu menangis mengenangkan arwah, walaupun tiada talian keluarga.

"Kak.. Mak sedih.. "

Memang amat menyanyat hati. Ibu amat terkesan dengan peninggalan arwah. Disebabkan Ibu selalu memberi layanan yang baik kepada rakan-rakan adik. Menjamu makanan, makan sekali bersama apabila bertandang di rumah. Rumah kami seperti rumah mereka. tiada hadang untuk menghalang. Walaupun dari sudut fizikal, serba kekurangan .Tapi yang pasti, ada keberkatan di situ. 

Hilang satu nyawa bererti hilang satu pewaris agama, bangsa dan negara. Kini, hanya mampu berdoa supaya Allah meringankan azab kubur bagi mereka yang berada di alam barzakh sana. Leka dan lalai, hanya tinggal penyesalan bagi mereka yangtersedar dan masih hidup hatinya.

Sampai bila Ingin Melihat Bangsa Sendiri terus begini?

Itulah persoalannya. Saya masih tertanya tanya, bilakah langkah pertama dari diri sendiri , mahupun bangsa sendiri yang telah lama sedar tentang masalah masyarakat ini untuk bertindak turun padang mendalami sendiri jiwa-jiwa anak muda seperti mereka? Terhantuk, baru tergadah. Selesa dengan kehidupan sekarang. Lupa dengan perit yang berlalu setelah mampu bertarung dengan ujian itu lalu terus biar orang orang yang baru mengalami perjalan dan ujian yang sama, hanyut dan mengalah dengan ujian itu? Mereka perlukan ilmu untuk kuat seperti anda! Bantulah. Bimbinglah.

Bacaan Talkin

Sebelum mayat dibumikan, sebelum mayat dijirus. bacaan yang selalu diungkap adalah Talkin. Terpanggil saya untuk menghayati kembali bacaan Talkin tersebut. Sesungguhnya, diri ini juga mudah lupa. Perlu diingtkan supaya tidak leka. Ternyata benar, MOTIVASI yang terbaik adalah dengan mengingatu MATI. Bacaan Talkin mampu memberi kesedaran pada diri sendiri dan semua golongan masyarakat terutamanya muslim.

"Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup."

Sangat terkesan pada ayat terakhir..

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Seterusnya..

Wahai KAMU Bin IBU KAMU, wahai KAMU Bin IBU KAMU,wahai SAYA Bin IBU KAMU, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai KAMU Bin IBU KAMU, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai KAMU Bin IBU KAMU bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.


Allah.. Sesungguhnya nama ibu yang disebut.. realiti.. ia benar berlaku.. ketahuilah pembaca-pembaca yang ku kasihi.. Ia BENAR.. Mungkar dan Nakir akan datang yang serupa dengan kamu.
Seterusnya..

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah"
.


Wahai KAMU Bin IBU KAMU tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai KAMU Bin IBU KAMU, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.



 Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr ..

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:
 

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."


 * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

#COPIED!

http://romendut.multiply.com/journal/item/6?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"



Wallahualam.. semoga ia terus kekal kegentaran dan ketakutan itu supaya kita terus beringat dan tidak melakukan sebarang perkara mungkar..

Amin Ya Rabb.



 

No comments: