![]() |
i need Allah first lah..baru i need u~ apara penulis~ !wooooooo~~ (>,<)..~ |
"kejap.. kenapa ni dik.."
"saya bengong la kak.. kenapa saya ditakdirkan macam ni.."
"Bengong? kenapa..? cuba cerita.."
"Kadang-kadang saya benci dengan diri sendiri.. kenapa Allah mentakdirkan saya begini.. saya takut kak.. saya takut..saya takut saya tak dapat redha-Nya.. tolong kak.. kadang-kadang saya nak je lari dari apa yang Allah takdirkan untuk saya ni.. saya takut.. saya takut saya tak layak untuk syurga-Nya.. teringin sangat saya nak jadi seperti sahabat-sahabat saya yang solehah.. Di mata saya.. saya melihat mereka cukup sempurna.. cukup dengan identiti mereka yang sentiasa menutup, bertudung likup, labuh..tapi saya tidak..walaupun saya bertudung tutup juga..berbaju kurung..tapi hati saya tetap kecil.. ingin seperti mereka..saya cukup tenang dengan melihat mereka, melihat mereka yang bersopan, menutup penuh..malu saya untuk bandingkan apa yang saya ada dengan mereka.. saya tahu kak.. saya tak sempurna .. tapi saya ingin sangat ketenangan dengan apa yang Allah kurniakan untuk saya.."
"Kenapa adik cakap macam tu.."
"tolong kak.. saya sedih bila terkenangkan diri saya.. saya bukan berlatar belakangkan pendidikan penuh Agama Islam di sekolah dulu.. saya tidak tahu menahu langsung dengan asas Arab.. kalau saya ceritakan, mesti akak tak nak dengar kan.."
"Silakan adik.. luahkan apa yang kamu rasa.."
"kak.. biarpun saya dianggap cemerlang, saya dianggap hebat di mata orang terdekat dengan pencapaian saya di sekolah mahupun di universiti, tapi jauh di sudut hati kecil saya, saya tetap tidak mahu untuk meletak diri saya seperti yang mereka tafsirkan.. saya tahu.. dengan apa yang saya dapat, mudah bagi iblis untuk menghasut hati saya supaya lalai.. perkataan 'megah dengan apa yang ada' amat saya geruni untuk dikilas dari sudut mata,pandangan dan yang paling penting, hati saya.. saya takut kak. saya mudah lupa diri.. saya tahu kak saya tak layak untuk semua itu.. saya tak nak lalai kak.."
"Akak tahu adik kusut.. tengkan hati.. luahkan je apa yang adik rasa sekarang.. kita kongsi bersama ya.. akak sentiasa dengar.."
"Terima kasih kak.. saya sering menangis kak bila terkenangkan diri saya.. saya selalu fikir.. kenapa saya yang Allah turunkan ujian ni.. kenapa tidak orang lain? Dari sekolah menengah sampai ke universiti..saya selalu menerima 'secret admire' ..saya taknak kak! saya tak suka! iklas jujur dari hati saya, saya agak serabut dengan ini semua. mungkin bila saya ceritakan kepada orang lain , mereka akan muak dan bosan apa yang saya ceritakan.. sebab selalu mereka akan balas 'alah.. engkau untung lah.. cantik.. ramai orang minat' tapi akak..kenapa mereka tak faham perasaan saya kak.. saya serabut sebenarnya kalau ada yang begitu..tolong lah akak..saya inginkan manusia yang fahami hati saya yang ingin sangat kejar redha Allah.. saya taknak campurkan urusan dan tanggungjawab saya dengan godaan dan ujian seperti itu.. saya takut saya lalai.. hati saya mudah goyah dengan semua itu.. tolong lah ya Allah.. saya mahukan hidup saya terbaik di mata Allah.. bukan mata manusia.. redha Allah yang adik inginkan.. bukan redha manusia seperti itu..tapi saya sering serabut bila ada manusia seperti ini.. saya tak boleh nak fokus apa yang saya buat...
"Adik.. akak faham maksud adik.mungkin akak tak boleh rasa seperti adik rasa sekarang..akak cuba meletakkan diri akak di tempat adik ok..akak tahu..adik dalam bingung, adik tak boleh fokus apa yang adik buat.. adik tak nak buat kerja sis-sia bukan? Baiklah.. adik cuba ambil masa yang ada sekarang, untuk adik fikirkan jika adik terus dengan melayan perassan adik ni.. adik cuba fikir.. ini lah satu tektik iblis nak lalaikan hati adik juga..akak mungkin bukan berada di tempat adik..tapi cukup untuk akak nasihati adik, mengubah pandangan dan pemikiran adik pada masa sekarang..sekarang..tengakan hati..jangan fikir perkara yang sebegitu.. ambil wuduk.. tenangkan hati..fikirkan papa kerja yang adik perlu siapkan.. adik perlu sibukkan diri adik dengan perkara yang manfaat..dan dengan masa ini.. adik boleh siapkan apa yang adik sudah tangguhkan bila adik layan peraasan adik tu tadi ok.."
" Ya Allah.. apa yang aku dah buat ni..sepatutnya aku perlu bersyukur sebab Allah dah kurniakan aku sebegini..aku tak terfikir jika Allah tarik balik nikmat yang Allah kurniakan ni.. sepatutnya aku perlu fikir, stiap yang Allah uji, pasti ada hikmah..dan yang pasti, apa yang aku alami sekarang adalah ujian dari-Nya untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan aku menguruskan nikmat sementara yang Allah kurniakan ni.. Astagfirullahalazim.. terima kasih akak ingatkan saya.. saya lupa, setiap yang Allah ujiitu merupakan tanda kasih-Nya pada saya..ya Allah masih sayang saya dan Allah sentiasa sayang saya!"
"Alhamdulillah..ok.bagus! akak harap adik kekal dan beristikomah dengan usaha dan niat hati adik ni ok?! semoga Allah sentiasa bersama adik.. mencerahkan mata hati adik.. dan sentiasa menggolongi kita dalam golongan yang sedikit ya..amin.."
"Insya-Allah..ya! semangat!"
p/s- Subhanallah..kan bes kalau ada kakak yang selalu beringat seperti ni..yang tak menghukum..tapi banyak memahami dan bertoleransi dalam mengingati satu sama lain..
No comments:
Post a Comment