wonder~ |
kadang-kadang Allah kurniakan kebahagiaan.. tapi ia bukan berpanjangan..
kadang-kadang, Allah Kurniakan kesedihan, tapi yakinlah itu semua baja kekuatan untuk hadapi masa hadapan..
kadang-kadang Allah kurniakan kegembiraan, untuk ketawa, tapi ia hanya satu ubat untuk menghilangkan apa yang berlaku di sekeliling kita, itupun hanya sementara..
hidup hanya sementara.. kisah yang berlaku hanya sementara.. perkara yang SEMENTARA, semestinya berakhir dengan penghujung..
tapi itu hanya di dunia ia hilang, secara tidak sedar, jika kita tidak pelihara dan simpan, memori yang sedang berlaku dan yang sudah lepas berlaku..pasti ia akan tersimpan..tetapi, itu juga sementara..
yang pasti, memori milik kita sahaja hanya sementara.. tetapi memori milik-Nya, kekal abadi..
yakinlah..apa sahaja yang berlaku di hadapan kita, pasti ada hikmah..pasti ada jawapan..pasti ada penghujung..dan pasti ada balasan..baik di dunia, mahu di akhirat..
kegembiraan hidup..berakhir dengan kesedihan..dan gembira kembali..
permulaan hidup..berakhir dengan kematian..dan bermula kembali kehidupan..selepas mati
itulah kitaran kehidupan..
jika kita lalai dan terleka, dekatlah diri kepada-Nya..mohon memberi petunjuk.. dan merasakan diri kita begitu hidup dengan kasih-Nya..
kasih yang tidak pernah mengecewakan..
fikir-fikir-fikir..(pesanan untuk diri sendiri)
"katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir.."
Al-Mulk-ayat 30
force myself to think! think! think! |
No comments:
Post a Comment