Tuesday, August 7, 2012

Ramadhan- Kerja atau Ibadah?


Ramai yang bersituasi begini. bagi yang biasa bertarawih pada bulan Ramadhan mesti akan rasa janggal dan tak senang hati bila Ramadahan tiba, tapi tak berkesempatan untuk berjemaah di masjid untuk tunaikan solat sunat tarawih bersama. Tapi yang pasti, bulan Ramadhan adalah bulan beribadah, setiap pekerjaan baik yang dilakukan akan dilipat kali ganda pahala ibadahnya-(rujuk hadis)

Tapi bagimana bagi yang tak berkesempatan untuk buat sunat tarawih? Kesibukan bekerja malam membuatkan badan letih untuk bertarawih berseorangan? Pasti difikirkan Ramadhan akan berlalu begitu sahaja. Tapi ada pula yang  berpendapat, niatkan pekerjaan itu juga sebagai ibadah.

Walau bagaimanapun, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun lalu. Niatkan perkara-perkara yang baik , bersihkan hati dari perkara yang negatif, dan cuba buat yang terbaik dalam apa pekerjaan pun. Semoga semua pekerjaan baik yang dilakukan diniatkan sebagai ibadah dan diterima oleh-Nya.

Selamat menunaikan fardhu di bulan Ramadhan.








No comments: