Wednesday, October 29, 2014

Jahit Sendiri Tudung 3 Layer

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.


Tadaaaaaaa~~



Cubaan Pertama

Teringin sebenarnya nak buat tudung sendiri. Kisahnyalah.. Bukan apa. nak beli kat Fareeda ke, Ariani ke.. tapi bila tu, tetibe tangan ni gatal nak beli ,tapi letak balik.. bila nak beli je.. letak balik.. Korang semua pun mesti tahu sebab apa kan? hahaha.

Kedua, teringin nak challenge myself  untuk buat sendiri. Pernah jugak nak g belajar kat Giat Mara atau Kolej Komuniti.. Dah pergi nak daftar.. Dah call nak daftar.. Tetiba kena reject .. 

Sebabnya :

                                "Maaf , pendaftaran kursus dah penuh.. "


Hampa giler..

Tapi takpa.. I wil do my ownself.. sebabnya, kat rumah dah ada beli mesin jahit tepi dan mesin portable yang mak punya. Say Alhamdulillah.

Esoknya, ajak mak yang tersayang~ pergi Jakel beli kain untuk buat tudung. Memang lah.kalau pergi tanpa perancangan nak beli apa, mesti mata bersilau silau nak pilih yang mana.. Banyak pilihan.

Tapi, untuk awak awak dan awak yang baru jugaekk macam saya nak cuba jahit sendiri tudung, better la baca dulu dari blog ke tanya ke jenis kain apa nak beli.

Untuk kain ni, saya beli kain chiffon.

Perkara yang saya belajar untuk beli kain :

1) Sebelum pergi mana -mana kedai  jual kain (Kamdar ke.. Jakel Ke.. Nagoya ke..) mesti tahu jenis kain apa yang nak beli.

2) Matchkan warna yang bersesuaian nak beli warna apa.. sebab sampai je kat kedai kain etc Jakel la katakan.. Tahu la.. beribu-ribu jenis dan warna kain yang nak pilih. Jadi, saya cadangkan , buat keputusan siap-siap warna apa yang nak cari. Kalau xtahu nak match warna apa, saya cadangkan, bawa la colour pallet macam di bawah ni. Senang nak match warna kain



3) Berapa panjang nak beli . Untuk Tudung 3 Layer macam di atas, saya beli 1 meter setiap satu. 3 jenis kaler, 3 meter.

4) Siap untuk membeli.. Hehe.

Untuk Tutorial Cara Jahitan boleh refer di Blog ini:

nashfesyen.blogspot.com/2013/08/panduan-jahit-sendiri-tudung-chiffon-3.html

Terima Kasih kepada tuan tanah yang sediakan tutorial Jahit Tudung 3 Layer ni. :)


Alhamdulillah. Jumpa Lagi!! :) 


No comments: