Wednesday, May 4, 2011

Kuliah 1- Falsafah Pembangunan


Kuliah pertama di di short sem..
hari ni,hari rabu ada 2 kelas.. mula dari pkul 8 sampai pkul 2.. itu subjek falsafah pembangunan.bes pensyarah nya.. Prof madya Dr Ariff bin kasmo.semangat je mengajar. tadi kelas dari pkul 8 sampai la pkul 11,memang tak boring..suka dengar beliau bersyarah pasal pembangunan negara.. semangat je... kuliah pertama falsafah pembangunan ada dah kumpulan yang dibahagikan. kena buat projek kajian secara berkumpulan.tajuk belum diberi.tapi kumpulan dah ditetapkan.alhamdulillah. sekali kumpulan dengan geng masyuk..=)
hari ni pensyarah bercerita berkaitan dengan pengenalan kepada falsafah pembangunan.
Ok. Tajuk yang merangkumi bab falsafah pembangunan ni, terbahagi kepada 4 bahagian dalam silibus saya.
  • 1.       Asas pembangunan
  • 2.       Konsep
  • 3.       Stategi
  • 4.       Implikasi

Hasil yang saya dapat dari kuliah tadi, saya yakin, selpas belajar falsafah pembangunan, pelajar yang menghayati dan mendalami ilmu falsafah ini berupaya berhujah dan berdebat tentang isu-isu , , implikasi yang akan berlaku kepada negara kita kesan daripada tidak mengikut garis falsafah yang sebenarnya atau garis falsafah yang terbaik.
 Seterusnya, saya ingin menyentuh serba sedikit mengenai apa yang saya belajar dalam kuliah tadi.

FALSAFAH- bermula dari perkataan Greece-Yunani-> Athens(sebuah bandar di Greek, Alenxendria)
Pilosophia- bermula dari Greek
Pilo    -bermaksud suka kepada/cinta kepada
 Sophia – kebijaksanaan

di Athens, mereka percaya kepada dewa2 & galakkan untuk berdebat
mereka suka berdebat tentang tradisi masyarakat
di sana merupakan sebuah negara demokarasi yang jalankan pentadbiran negara berdasarkan suara rakyat.
Siapa yang biasa berdebat dan bijak berhujah layak digelar pemimpin.

Pada zaman itu, terdapat sebuah kumpulan yang bijak dan hebat  berdebat dan berhujah. Yang dipanggil sophis. Salah seorang dari kumpulan itu bernama Socrete yang sangat menonjol kebijaksannan nya berdebat, mula mempersoalkan tradisi dan kepercayaan orang2 Greek.seorang pemuda yang berani menentang tradisi karut orang2 Greek . Lalu Socrete dituduh menyelewengkan pemikiran masyarakat dan didakwwa di mahkamah.
Sebelum saya bercerita panjang, saya teringat kata pensyarah, orang muda lah yang berani mempersoalkan kesalahan apabila mereka menganggap apa yang diamalkan kini, salah. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa di negara kita , takut menerima hujah golongn belia terutama golongan belia yang bergelar mahasiswa.kerana mereka lebih mengetahui masalah yang akan dipikul negara pada masa hadapan,kerana proses pembelajaran yang mereka hadapi di university. Tidak hairanlah ramai yang “naik darah” apabila negara kita meletakkan peraturan AUKU kepada mahasiswa ,menyekat kebebasan mahasiswa untuk bersuara.kerana peraturan ini SEMEMANGNYA bercanggahan dengan prinsip pembangunan dan falsafah pembangunan yang dipelajari.seharusnya, suara mahasiswa perlu dititik beratkan dan mereka yang TERPELAJAR lebih mengetahui akibat baik buruk negara yang mengamalkan prinsip pembanguan negara yang salah.
Sambungan , apabila socrete dituduh dan didakwa di mahkamah,hakim memberikan peluang untuknya berhujah atas sebab musabab untuk membela dirinya. Memang terserlah ciri2 ahli falsafah dan sifat kepimpinan dalam diri beliau apabila beliau mula berhujah.
Ciri-ciri ahli falsafah
  • 1.       Kehebatan dan keberaniaan- boleh berhujah dengan bernas dan berani menyuarakan pandangan yang hebat.
  • 2.       Bijak berhujah- masa berhujah dia merendah diri
  • 3.       Suka membuat kajian dan penyelidikan kajian tersebut- betul-betul series dalam keupayaan.
  • 4.       Ada tugas dan matlamat hidup- mempunyai keupayaan diri untuk merubah mesayarakat.


Tokoh falsafah di Greek
  • ·         Secrete
  • ·         Plato (anak murid kepada socrete)
  • ·         Aristotle( anak murid kepada plato)- memperkenalkan logic Aristotle yang banyak memberi sumbangan kepada manusia dan ada kaitan dengan perkembangan sains.

Orang Arab belajar Falsafah dari Greek.
·         Philosophia---à Falsafah (Arab)-------à Philosophic( Eropah)
·         Greek         ----à Tamadaun Islam------à Eropah


Kenapa dari Greek--à Tamandun Islam? Tak ke Eropah terus?
Sebab pada zaman itu, Eropah mengalami Zaman Gelap yang tak terima sebarang ilmu pengetahuan.

Falsafah terbahagi kepada 4.
1.       Epistimologi
·         Logik- kesahihan hujah
Logic Arisotle ada 3 baris
(a)    Premis 1
(b)   Premis 2
(c)    Kesimpulan
Contohnya, semua pensyarah Falsafah membosankan
Dr Arif pensyarah falsafah
Kenyataan ini sah.
Merupakan 1 cabang falsafah yang membahaskan sumber-sumber dan kepercayaan ilmu pengetahuan manusia dan keterbatasan ilmu-ilmu pengetahuan menusia. How do you know about something? –dengan pembacaan
1)      a) ilmu pengetahuan terbahagi kepada 3 iaitu
i)        metalogi-(mitos) iaitu cerita dari generasi ke generasi. Contohnya orang melayu dulu yang bercucuk tanam menganggap tanah tak subur kerana factor “jin marah”
ii)       dari kitab-kitab agama-  orang Kristian mengetahu tentang Nabi Isa melaui Bible.
    -orang Islam percaya Nabi Adam manusia pertaman dari Al-Quran
iii)     ilmu sains-berdasarkan kajian-kajian dan penyelidikan
a.       Metaphysic-kewujudan yang “beyond Fizik” kewujudan yang tak boleh buktikan   dengan     ujikaji.Contohnya Siapakah yang menciptakan alam semester?
Kalu kita mati, kenapa badan kita tidak boleh bergerak?-sebab roh tak ada,tapir oh tak boleh dikaji dan siasat dengan asal.
2.       Ethics-menilai perbuatan manusia ,baik/buruk/ salah /betul.contohnya, adakah model kapatalisme yang diamalkandi negara, baik/buruk/salah/betul.
3.       Estetica-cabang falsafah yang bahaskan nilai kecantikan.
Contohnya,
·         ada rumah kayu di Negeri Sembilan dibina tanpa paku.
·         Orang muda berbangsa Melayu jalan di hadapan orang tua, tunduk tanda hormat.

FALSAFAH PEMBANGUNAN.

Apa itu pembangunan?
Ia merupakan pembangunan infrastruktur semata-mata?
Etamologi- asal usul perkataan ‘bangun’-iaitu kedudukan yang rendah,kepada yang lebih tinggi.Contohnya daripada tanah yang kosong, ada pondok.
‘pembangunan’ à proses membangunkan sesuatu untuk capai pembangunan dan sebagainya.
‘membangun’ à berkembang, menaik maju.

sekian..  kuliah pertama je ni~ ngee.nak tau lagi..sila la explore lagi~.=D







1 comment:

Unknown said...

bagoz2...falsafah pnye orang..haha